BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

DEFINISI PEMAKANAN SIHAT
Pemakanan sihat adalah makanan yang mengandungi pelbagai kandungan zat, mineral atau kaborhidrat yang seimbang untuk tubuh badan. Pemakanan sihat juga merupakan pemakanan yang kita pilih untuk makan setiap hari secara betul, iaitu makan secara betul untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang serta makan malam.

......GELAGAT WARGA KOTA.........




KATAKAN TIDAK!!! PADA MAKANAN SEGERA

JOM MAKAN
Sarapan Pagi

JOM DENGAR
...APA KATA MEREKA...

CARA-CARA PEMAKANAN BETUL
Pemakanan yang betul/seimbang merupakan tabiat memilih
makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau
mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu
mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian,
dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah,
sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.

LOGO HIDUP SIHAT

Sunday, May 30, 2010

JOM TENGOK APE KESAN TABIAT MAKAN KITA KEPADA TUBUH BADAN

KEBAIKAN

1. Mencegah penyakit berbahaya
Pengambilan makanan berkahsiat, berzat, sihat dan seimbang
disarankan untuk memastikan anda sihat dan dapat belajar dengan
baik tanpa mengahapi penyakit berbahaya seperti lebihan kolestral,
obesiti, kencing manis. Dengan mengamalkan

2. Mengelakkan Anemia
Anemia adalah masalah kurang sel darah merah.Ianya bukan
penyakit tetapi boleh menganggu tugas harian anda sebagai pelajar
sekolah. Orang yang mengalaminya akan cepat merasa letih dan
tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas.

KEBURUKAN

Kegemukan
Masalah kegemukan akan dialami oleh mereka yang tidak mengambil
makanan secara sihat dan seimbang.

2. Kanser usus
Kanser usus akan mengakibatkan seseorang itu menderita sepanjang hayat.
Sistem perkumuhannya sudah rosak.

Cara Bijak Untuk Kekal Sihat

Jadikan ia sebagai komitmen. Kekal sihat dan cergas adalah untuk selamanya bukan untuk tempoh seminggu atau sebulan.

Pastikan tabiat pemakanan dan senaman sebagai rutin harian dan jangan hangat-hangat tahi ayam.

Sediakan buku diet harian untuk mengawal pengambilan makanan anda.

Bijak menyeimbangkan corak pemakanan harian dan jika anda menyukai ais krim, jangan sekat keinginan tetapi pastikan kuantiti kalori tidak melebihi jumlah sepatutnya.

Jangan terlalu memaksa diri untuk kurus. Jika lemak pada badan anda terlalu degil, jangan putus asa. Fokus pada jenis diet dan senaman bersesuaian, cuba lagi.

Sentiasa jadikan kejayaan sebagai ganjaran untuk memotivasikan diri.